Sunday, February 16, 2014

Ni lagi satu akaun FB penipu


Seseorang telah ditipu oleh FB ini. Nama dan akaun bank yang digunakan sama sahaja dengan FB "New and Second handphone" iaitu Chong Kah Vun, Maybank 160193117011.

Lagi FB penipu dikenalpasti


Ini lagi satu FB yang telah dikenalpasti menipu pengguna. Seorang pengguna telah menceritakan kisah malang beliau terkena dengan FB ini.

Ini addressnya: https://www.facebook.com/pages/2hand-smartphone-reseller/216497761849381

PERNIAGAAN SEPKHUZIR
Bank: Public bank 3184171902
Tel: 014-6548925


Saturday, February 15, 2014

Laporan polis telah dibuat oleh seorang mangsa

Detail penipu

Nama Tel Maybank CIMB Public Bank RHB
Alimat bin Suaip 014-9577705 160072560985   6316473919  
Chong Kah Vun 014-6787588 160193117011     11010300067719
Mohd Al Amin bin Jais 011-31794980 160193114985      
Perniagaan Sepkhuzir 014-6548925     3184171902  
Perniagaan Ishamsul 014-6553475 562414503307    
Perniagaan Intan Jaya 011-25632608 562414506501    
Mohd Qayyum Durani 011-31433376 562825052222      
Mseven Ent (Johor) 014-6543448 551061301884      
Yiemax (Kajang) 014-6543448   12680002078052    
Ali Afzan Syah Bin Ali Fauzi 110144324942    
 

Wechat Penipu: new_2ndhp

Website-website penipu:

 

Banyak betul akaun bank yang digunakan oleh penipu ini. Mungkin akaun-akaun ini kepunyaan beliau sendiri atau mungkin juga menggunakan akaun kawan-kawannya yang lain (bayar komisyen). Kepada yang membenarkan penipu ini menggunakan akaun anda, anda juga bersubahat dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika anda mengetahui akaun nombor lain, sila inform kami untuk di update di sini. Masuk ke FB kami (menu KAMI di atas) dan tinggalkan pesanan. Jangan lupa sertakan segala bukti yang ada sebelum kami memasukkannya di table di atas.

 

Mangsa penipuan pembelian di internet: New and Second handphone


Minggu lepas saya kena tipu RM500 oleh owner Fanpage di atas, New and Second Handphone. Alamat FBnya ialah https://www.facebook.com/new2ndhp.

Macam tak percaya jer kena tipu ni kerana selalunya saya memang berhati-hati. Sebelum confirm pembelian saya cuba google dulu informasi syarikat ini tetapi tidak jumpa. Mungkin kerana penipuan, komplen-komplen dsb hanya di dalam Facebook yang tidak dicapture oleh Google. Oleh yang demikian, saya menulis blog ini agar agen pencarian Google dapat mendedahkannya dan meyelamatkan bakal pembeli-pembeli lain.

Setelah tertipu, barulah saya mendapati bahawa ramai lagi yang telah menjadi magsa bila terbaca posting ini: https://www.facebook.com/HarimauMalayaOfficial.

Kes saya bermula bila saya ingin membeli Galaxy S3 untuk kegunaan anak perempuan saya. Di bawah ini adalah screenshots komunikasi saya dengan owner fanpage di atas menggunakan SMS dan juga WeChat (Wechat id : new_2ndhp)


Setelah saya add beliau cepat sahaja beliau menjawab semua soalan saya. Beliau banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Mungkin benar juga sangkaan pengguna-pengguna lain bahawa penjual bukanlah Orang Melayu sebagaimana di sangka. Sangkaan ini mungkin timbul kerana FB tersebut banyak membuat posting-posting Ustaz Azhar Idrus untuk meningkatkan keyakinan "mangsa-mangsa".

(screenshot 15-02-2014)



Oleh kerana pada FB nya dinyatakan bahawa kedai beliau terletak di Miri, saya bertanya mengenai caj pengeposan. Namun, ada juga feedback mangsa yang menyatakan bahawa FB New and Second handphone (FB-NSH) berada di Semenanjung bila ditanya melalui WeChat.


Saya tersilap kerana tidak terperasan bahawa bibit-bibit penipuan telah sepatutnya dapat dikesan. Bila saya tanya mengenai warranty S3 dan S4, dua-duanya sama, iaitu 3 bulan oleh Samsung. Agak mustahil berlaku.


Saya meminta nombor akaun bank dan diberikan melalui SMS.





Detail yang diberi ialah Maybank atas nama Alimat bin Suaip. Nombor akaun 160072560985. Ada juga mangsa-mangsa lain yang diberikan nombor akaun Maybank lain iaitu 160193117011 (Chong Kah Vun).

SMS diterima daripada handphone number 014-9577705. Mmm ini rasanya nombor Semenanjung (saya kurang pasti, nanti boleh check dengan Digi).





Sila perhatikan. Setelah pembayaran dibuat penjual tidak lagi menjawab sebarang pertanyaan. Malah saya telah diblok dari WeChat beliau dan juga FB tersebut.


Join group kami sekarang: https://www.facebook.com/mangsapenipuaninternet

Next posting: What to do next.