Saturday, February 15, 2014

Mangsa penipuan pembelian di internet: New and Second handphone


Minggu lepas saya kena tipu RM500 oleh owner Fanpage di atas, New and Second Handphone. Alamat FBnya ialah https://www.facebook.com/new2ndhp.

Macam tak percaya jer kena tipu ni kerana selalunya saya memang berhati-hati. Sebelum confirm pembelian saya cuba google dulu informasi syarikat ini tetapi tidak jumpa. Mungkin kerana penipuan, komplen-komplen dsb hanya di dalam Facebook yang tidak dicapture oleh Google. Oleh yang demikian, saya menulis blog ini agar agen pencarian Google dapat mendedahkannya dan meyelamatkan bakal pembeli-pembeli lain.

Setelah tertipu, barulah saya mendapati bahawa ramai lagi yang telah menjadi magsa bila terbaca posting ini: https://www.facebook.com/HarimauMalayaOfficial.

Kes saya bermula bila saya ingin membeli Galaxy S3 untuk kegunaan anak perempuan saya. Di bawah ini adalah screenshots komunikasi saya dengan owner fanpage di atas menggunakan SMS dan juga WeChat (Wechat id : new_2ndhp)


Setelah saya add beliau cepat sahaja beliau menjawab semua soalan saya. Beliau banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Mungkin benar juga sangkaan pengguna-pengguna lain bahawa penjual bukanlah Orang Melayu sebagaimana di sangka. Sangkaan ini mungkin timbul kerana FB tersebut banyak membuat posting-posting Ustaz Azhar Idrus untuk meningkatkan keyakinan "mangsa-mangsa".

(screenshot 15-02-2014)



Oleh kerana pada FB nya dinyatakan bahawa kedai beliau terletak di Miri, saya bertanya mengenai caj pengeposan. Namun, ada juga feedback mangsa yang menyatakan bahawa FB New and Second handphone (FB-NSH) berada di Semenanjung bila ditanya melalui WeChat.


Saya tersilap kerana tidak terperasan bahawa bibit-bibit penipuan telah sepatutnya dapat dikesan. Bila saya tanya mengenai warranty S3 dan S4, dua-duanya sama, iaitu 3 bulan oleh Samsung. Agak mustahil berlaku.


Saya meminta nombor akaun bank dan diberikan melalui SMS.





Detail yang diberi ialah Maybank atas nama Alimat bin Suaip. Nombor akaun 160072560985. Ada juga mangsa-mangsa lain yang diberikan nombor akaun Maybank lain iaitu 160193117011 (Chong Kah Vun).

SMS diterima daripada handphone number 014-9577705. Mmm ini rasanya nombor Semenanjung (saya kurang pasti, nanti boleh check dengan Digi).





Sila perhatikan. Setelah pembayaran dibuat penjual tidak lagi menjawab sebarang pertanyaan. Malah saya telah diblok dari WeChat beliau dan juga FB tersebut.


Join group kami sekarang: https://www.facebook.com/mangsapenipuaninternet

Next posting: What to do next.

2 comments: